Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Mengenal Sejarah Habaib Marga Al-Aidrus / al-Idrus

Galeri Kitab Kuning | Ulama dari kalangan Habaib saat ini banyak mengisi dakwah di Indonesia, mulai dari sabang hingga mareuke.

Keberadaan para habib tersebut, biasa bertempat tinggal di kampung-kampung arab di wilayah masing-masing, dan cenderung berkumpul dalam satu marga. 

Mengenal Sejarah Habaib Marga Al-Aidrus / al-Idrus


Salah satu Marga/ Gelar dalam keluarga habaib yang sangat masyhur adalah al-Aidrus. simak berikut kisahnya.

Tentang Marga al-Aidrus

Keluarga Al Aidrus merupakan salah satu daripada keluarga yang masyur dan terkenal didalam Sadah Al Alawiyyin (Perkumpulan besar keluarga Nabi di Hadhramaut Yaman). Bahkan keluarga Al Aidrus banyak melahirkan tokoh agama dan para cendekiawan Islam yang menyebarkan agama Islam di Dunia ini khususnya di India dan Nusantara.

Yang Pertama diberi gelaran Al Aidrus

Orang pertama yang diberi gelaran Al Aidrus ialah

As Syeikh Imam Abdullah Al Aidrus

Bin Abu Bakar As Sakran

Bin Imam Abd Rahman Assegaf

Bin Imam Muhammad Mauladdawilah

Bin Ali

Bin Alwi

Bin Faqih Muqaddam Muhammad

Bin Ali

Bin Muhammad Sohib Mirbat

Bin Ali Kholi' Qasam

Bin Alwi

Bin Muhammad

Bin Alwi

Bin Ubaidillah

Bin Imam Ahmad Muhajir

Bin Isa Ar Rumi

Bin Muhammad Naqib

Bin Ali Uraidhi

Bin Jakfar As Sodiq

Bin Muhammad Baqir

Bin Ali Zainal Abidin

Bin Sayyidina Husien

Bin Sayyidina Ali dan Bin Fatimah Zahra' Al Batul

Binti Rasulillah S.A.W.


Alasan Gelar Marga al-Aidrus

Kalimah العيدروس pada asalnya ialah العيتروس kemudian diubah huruf ت kepada huruf د bagi memudahkan lisan dan menyatukan makhraj sebutan.

Manakala العترسة pada asalnya membawa maksud kehebatan,kekuatan, dan keberanian iaitu merupakan salah satu daripada sifat Singa yang merupakan pemimpin pada segala haiwan.

Maka datuknya Imam Abd Rahman As Segaf memberikan gelaran العيدروس sebagai doa agar beliau menjadi seorang yang berani dan menjadi pemimpin masyarakat dan para ulamak serta auliya' pada zamannya.

Imam Abdullah Al Aidrus dilahirkan pada tahun 811 Hijrah di Kota Tarim Al Ghanna dan wafat pada Hari Ahad 12 Ramadhan 865 Hijrah.


Baca Juga :

Biografi Habib Zain Bin Ibrahim Bin Smith - Madinah

Mengenal Lebih Dekat - Habib Umar bin Hafidz - Sosok Ulama Tarim, Hadramaut Yaman

Asal Usul dan Sejarah 75 Marga dan Fam Habib di Seluruh Dunia


Keturunan Marga al-Aidrus

Imam Abdullah Al Aidrus mempunyai 5 orang anak Lelaki dan 5 orang anak perempuan.

Anak - anak lelaki beliau ialah :

1. Abu Bakar Al Adni (keturunannya terputus dan tidak ada sekarang)

2. Alwi

3. Syeikh

4. Husien

5. Muhammad (wafat usia kecil)

Maka keluarga Al Aidrus yang ada kini di dunia hanyalah melalui 3 orang anak Imam Abdullah Aidrus iaitu Alwi, Syeikh dan Husien.


Cabang Al-Aidrus

Keluarga Al Aidrus mempunya kekhususan dalam pecahan keluarga mereka. Apabila ingin mengenali Keluarga Al Aidrus dan dibawah zuriatnya, secara umumnya zuriat keluarga Al Aidrus dikenali melalui kawasan/tempat yang didiami oleh Tokoh daripada keluarga Al Aidrus dan terdapat juga furu' dibawahnya dikenali dengan nama tokoh dalam keluarga Al Aidrus.

Justeru apabila kita membaca atau mendengar nama ahli keluarga Al Aidrus maka kebiasaanya akan ditanya kepada mereka daripada Al Aidrus mana?

Maka, akan dijawab Si Fulan dari Al Aidrus Bor atau Si Fulan dari Al Aidrus Taribeh.

Hal ini dianggap penting untuk mengenali silsilah dan kekeluargaan mereka.

Berikut beberapa pecahan keluarga Al Aidrus :

AL AIDRUS BOR

Dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad (Al Muhtajab) Bin Alwi Bin Abu Bakar Bin Omar Bin Abdullah Bin Alwi Bin Imam Abdullah Al Aidrus

Beliau merupakan orang pertama daripada keluarga Al Aidrus yang wafat di perkampungan Bor yang terletak sekitar 20 minit dari Kota Tarim iaitu berhadapan maqam Imam Muhajir.

Antara keturunan beliau yang terkenal di Malaysia ialah Al Habib Ali Bin Jakfar Al Aidrus (Habib Ali Batu Pahat)

AS SULAIBIYAH AL AIDRUS

Gelaran ini dinisbahkan kepada Sayyid Husien Bin Abdullah Bin Syeikh (Akbar) Bin Imam Abdullah Al Aidrus.

Gelaran ini pada asalnya dinisbahkan kepada isteri beliau iaitu Syarifah Fatimah Binti Umar Bin Abdullah Al Aidrus sebagai Tonggak Utama/Tulang Belakang dalam berkhidmat didalam agama. Kemudian dinisbahkan kepada para zuriat mereka dengan gelaran ini.

AL AIDRUS ABDULLAH BIN SYEIKH (AUSOT)

Al Aidrus Abdullah Bin Syeikh ini yang gelarannya dinisbahkan kepada nama beliau sendiri iaitu Al Habib Abdullah Bin Syeikh yang menurunkan ramai keluarga Al Aidrus di Malaysia khususnya di Terengganu.

Beliau ialah Habib Abdullah Bin Syeikh (Ausot) Bin Abdullah Bin Syeikh (Akbar) Bin Imam Abdullah al Aidrus. Beliau dilahirkan pada tahun 945 Hijrah dan wafat tatkala sujud/rukuk ketika menunaikan Solat Asar pada Hari Kjakis 14 Zulqaedah tahun 1019 Hijrah. Jenazahnya disemadikan di Pemaqaman Zanbal di Tarim dan dibina Qubah khas.

Antara tokoh yang terkenal di Malaysia daripada keturunannya ialah Tok Ku Paloh dan ayahnya Tok Ku Tuan Besar.

AL AIDRUS ABDULLAH BIN SYEIKH (ASGHOR) - Sohib Syihir

Beliau ialah Habib Abdullah Bin Syeikh (Asghor) Bin Abdullah Bin Syeikh (Ausot) Bin Abdullah Bin Syeikh (Akbar) Bin Imam Abdullah al Aidrus.

Beliau dilahirkan di Tarim pada tahun 1027 Hijrah dan wafat di Kota Syihir pada tahun 1072/73 Hijrah.

Keturunnya ramai di perkampungan Ramlah dan juga sekitar Hadhramaut.

AL AIDRUS AD DISYTOH

Gelaran ini dinisbahkan kepada Imam Abd Rahman Bin Muhammad Bin Abd Rahman Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah Al Aidrus.

Ad Disytoh : merupakan satu ibarat kepada kitab yang dikumpulkan dan disusun oleh beliau yang meliputi pelbagai bidang ilmu, masail agama, Tarikh, Rehlah beliau ke Hijaz dan Iraq dan juga pelbagai faedah - faedah lain.

Beliau wafat di Tarim dan dimaqamkan di atas kubur Sayyidah Syarifah Aisyah Binti Imam Umar Al Muhdhor (Isteri Imam Abdullah al Aidrus).

AL AIDRUS HAZM

Dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad Bin Imam Abd Rahman Bin Muhammad (Sohib Disytoh)

Daripada keturunan beliau ini terdapat seorang pendakwah terkenal iaitu Al Habib Idrus Bin Husien Bin Ahmad Bin Umar Bin Ahmad (Hazm) al Aidrus. Kisah pertemuan beliau dengan seorang Yahudi di India yang berusia hampir 1300 Tahun. Yahudi tersebut pernah melihat baginda dan Sayyidina Ali sewaktu Perang Khaibar.

AL AIDRUS TARIBEH

Dinisbahkan kepada Sayyid Alwi Bin Ahmad Bin Abdullah (Sohib Toqoh) Bin Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah al Aidrus.

Beliau merupakan orang pertama daripada keluarga Al Aidrus yang wafat di perkampungan Taribeh sekitar 15 minit daripada Kota Tarim.

Beliau dikurniakan 17 orang anak lelaki yang tersebar keturunannya di Hadhramaut dan negara lain.

AL AIDRUS Tibiy

Dinisbahkan kepada Sayyid Alwi Bin Abdullah (Sohib Toqoh) Bin Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah Al Aidrus

Beliau merupakan orang pertama daripada keluarga Al Aidrus yang tinggal di perkampungan Thibiy sekitar 10 minit daripada Kota Tarim. Beliau wafat pada tahun 1055 Hijrah.

Antara anak beliau yang menurunkan keturunan hanyalah 3 orang sahaja iaitu

Husien, Abd Rahman dan Hasan (Sohib Raidhah).

AL AIDRUS RAIDHAH

Dinisbahkan kepada Habib Hasan Bin Alwi (Sohib Thibiy) Bin Abdullah (Sohib Toqoh) Bin Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah Al Aidrus

Beliau merupakan orang pertama yang tinggal di perkampungan Raidhah berhampiran Sumal sekitar 15 minit daripada Kota Tarim. Disana juga terkenal dengan Masjid Al Aidrus yang diasaskan oleh beliau.

Para Habaib Marga al-AIdrus Masyhur di Nusantara

Habib Husein bin Abubakar al-Aydrus, Luar Batang, Jakarta

Habib Muhammad Bin Alwi Al Aidrus (Habib Saad)

Habib Muhammad bin Husein al-Aydrus, Surabaya

Habib Abu Bakar Bin Segaf Al Aidrus

Habib Sholeh al-Idrus Malang

Habib Muhammad (Mudarris Dar Mustofa) Bin Abdullah al Aidrus dan adik nya Habib Ali (Zawiyah Al Aidrus) dan Habib Aidrus.

Keluarga Raidhah ini ramai di Sarawak Malaysia daripada zuriat Habib Idrus (Kubu) Bin Abd Rahman Bin Ali Bin Habib Hasan Sohib Raidhah.

Posting Komentar untuk "Mengenal Sejarah Habaib Marga Al-Aidrus / al-Idrus"

close
Banner iklan disini